Complaint

0
Nur Syafawati
Country: Malaysia
Saya ingin membuat aduan mengenai seorang staff di kfc puchong prima bernama Tasya .. Saya datang kfc pada 15/8/2015 pada pukul 8 malam.. Semasa saya ingin membuat pesanan belum sempat saya habis order dia telah pusing menyiapkan order pertama saya. Setelah itu saya ingin menambah pesanan kerana sebelum itu saya belum habis membuat order.. Semasa saya ingin menambah pesanan dia marah terhadap saya dan menyatakan sewaktu dia tanya tak nak order sedangkan dia tidak dengar apa yg saya order serta memarahi dan menjeling saya dihadapan pelanggan lain.. Sebelum itu saya telah menunggu lama untuk sampai ke giliran saya membuat order kerana service pekerja tersebut lambat.. Tetapi saya boleh faham kerana dia seorang pekerja baru..apabila saya order dia kurang ajar terhadap saya ini menyebabkan saya tidak boleh terima..  Saya harap perkara ini mendapat perhatian.. Bukan saya sahaja yang dilayan dingin..pelanggan lain juga ada.. Demi service kfc yg baik saya harap perkara ini diambil serius.. Sekian terima kasih..

Post a new comment